D.I.Y Gambar Passport Guna Phone

Gambar bersaiz passport antara yang penting dalam urusan rasmi kan? Digunakan untuk permohonan kerja, kemasukan taska, tadika,sekolah dan universiti. Mohon Lesen Perniagaan dengan Majlis Bandaraya pun nak 4 keping gambar bersaiz passport.

Selalunya kalau shoot dan cuci di kedai, mahal juga. 4 keping RM16. Jatuh sekeping RM4. Kam ada cara macam mana kita boleh berjimat, dengan D.I.Y jer.. Buat sendiri, gambar pun lebih menepati citarasa kita kan? hehehe.. Gambar yang siap D.I.Y boleh print sendiri di rumah atau print di kiosk print gambar yang layan diri tu.

IMG_20190919_161817

Ini adik Kam yang baru-baru ni sambung belajar di UiTM. Katanya senior dah minta gambar siap-siap untuk permohonan practical di hospital nanti. Gambar passport sedia ada tu gambar masa form 3. ahahaha.. mana nak sama dah kan muka? Buat kat kedai dah la mahal, tak lawa katanya.. Jadi, Kam pun buatkan lah untuk adik Kam. Alang-alang tu buat terus tutorial.

 

PicsArt_09-25-09.54.44

Mula-mula buka aplikasi PicsArt. Kalau tak ada, sila install dulu di Google Play Store. Kemudian, tekan All Photos dan pilih gambar selfie yang nak edit untuk buang background.

PicsArt_09-25-09.56.00

Macam Kam, memang dah selfie dekat dinding kosong berwarna putih. Korang kalau nak senang edit, sila selfie di dinding kosong (tak kisah warna apa, janji kosong dan kontra dengan warna baju/tudung). Tekan lambang gunting untuk Cutout, kemudian lambang manusia tu untuk Autocut.

PicsArt_09-25-09.57.04

Pastikan potret muka kita berlorek dengan warna merah. Kawasan yang tak berlorek akan terpadam. Kiranya, dah tak ada lah background putih tadi. Dah jadi transparent. Siap lorek, tekan arrow tu untuk save as sticker.

PicsArt_09-25-10.40.13

Dah save sticker tadi, buka balik PicsArt. Pilih template Color Backgrounds. Cari warna biru. Kemudian, klik pada Sticker.

PicsArt_09-25-11.16.50

Cari gambar kita tadi di bahagian My Stickers > Cutouts. Masukan dekat kanvas biru tadi. Adjust size dan kedudukan.

PicsArt_09-25-11.18.45

Kemudian, pilih Tools > Crop > Free. Sebab kita nak buang lebihan kanvas biru.

PicsArt_09-25-11.20.15

Dah siap crop, sila Save gambar passport.

PicsArt_09-25-11.21.25

Sekali lagi, buka PicsArt. Pilih Collages > Grids. Kemudian, tekan gambar passport tadi sebanyak 8 kali. Pilih layout seperti tertera dalam gambar di atas.

PicsArt_09-25-11.25.18

Kita set dulu ratio gambar kepada 3:2. Adjust border nak tebal mana? Kemudian, Save to phone.

Siap! Untuk step seterusnya, nak pergi print dekat kiosk layan diri pun boleh, nak print di rumah pun boleh. Kam print di rumah. Guna glossy paper size 4R.

Untuk print direct dari phone ke printer, boleh ulangkaji di –> Print Direct From Phone

PicsArt_09-25-11.28.23

Buka aplikasi Brother iPrint & Scan. Pilih menu Print.PicsArt_09-25-11.30.21

Pilih Photo dan tick pada gambar yang kita nak print. Kemudian, klik Done.

PicsArt_09-25-11.33.15

Sebelum nak print, check dulu setting printer. Kam pilih jenis kertas Glossy, Borderless Off sebab masa dekat PicsArt tadi kan dah buat border siap-siap.

PicsArt_09-25-11.34.11

Dah siap setting, boleh tekan Print!

IMG_20190920_221939

Kachinggggg…… siap. Hasil tangan sendiri. Jimat pun jimat. Anak nak masuk tadika ke pun boleh buat sendiri je gambar passport.

Bagi mereka yang tinggal sekitar Subang Perdana,  tak ada printer & tak jumpa kiosk print gambar, hanya ada phone untuk selfie.. boleh dapatkan servis print gambar pasport dengan Kam. Harga? RM6 untuk 8 keping gambar saiz passport. Siap edit. Janji sila bagi gambar selfie di dinding kosong(tak kisah dinding warna apa). Yang jauh boleh pos guna setem RM1. Jemput singgah IG atau FB

  • Sebarang penulisan dari blog ini yang dicopy haruslah diberikan kredit rujukan. Jangan amalkan amalan Plagiat. Sedih tau orang plagiat hasil penulisan & presentation Kam tapi mengaku 100% kebetulan sama.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s